Company's Background

LATAR BELAKANG

Wealth Link Freedom Sdn Bhd telah ditubuhkan secara rasminya pada 13hb Mac 2006 dengan objektif utama untuk menjadi penyedia latihan (training provider). Syarikat ini diperbadankan dengan modal berbayar (paid-up capital) sebanyak RM101,000 dan modal yang dibenarkan (authorised capital) sebanyak RM500,000.

(established as a training provider for quality training services and consultancy projects that will meet and satisfy the customers needs)

Wealth Link Freedom Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan pendaftaran sebagai tenaga pengajar/ konsultan latihan bagi organisasi- organisasi berikut : (panels of training provider):


1)  Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
      •  Tenaga Pengajar ( Kod: 220502 / 357-02066865) (Trainer)
      •  Kontraktor Bumiputra ( No: 357-02066865) (Bumiputra Contractor)
2)  Telekom Malaysia Berhad (No. Sijil Pendaftaran: 1000014588 )
3)  Tenaga Nasional Berhad (No. Sijil Pendaftaran: 3030536)
4)  Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
5)  Petronas Management Training Sdn. Bhd. (PERMATA) ( LLV/C/163)
6)  Universiti Putra Malaysia (UPM) (WL000014)
7)  Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) ( No. Siri : 726579)

OBJEKTIF UTAMA
  1. Mengamalkan program-program pembinaan modal insan yang bersifat bersepadu secara menggabungkan ketiga-tiga komponen utama insan: hikmah aqal, kekentalan jasad dan kekuatan nur hidayah roh ke arah mencapai kebahagiaan yang hakiki.
    (Adopting an integrated human development programmes by integrating the three main components of a human : physiology, intellectual and spiritual affirmations towards achieving internal tranquillity).
  2. Menghasilkan keupayaan dan potensi insan yang terunggul dengan menggunakan kekuatan minda separa sedar untuk membentuk idea-idea yang kreatif dan inovatif dan mengaplikasikan minda sedar untuk mendapatkan idea-idea yang rasional dan logikal secara hikmah dan bijaksana (wisdom).
    (Bringing the utmost of the human potential and capabilities by utilising the power of the subconscious mind to develop creative and innovative ideas and applying the power of the conscious mind to generate rational and logical ideas.)
  3. Membentuk sinergi dan kerjasama akrab secara membina kumpulan kerja yang unggul untuk memenuhi aspirasi visi dan misi organisasi.
    (Creating group synergy and collaboration by building a winning team to fulfil the aspiration of the organisational vision and mission.)
PIAGAM PELANGGAN

PRINSIP-PRINSIP ASAS (Basic Principles)
  1. Bekerjasama secara rapat dan membentuk hubungan yang akrab dengan pelanggan dan memahami kehendak-kehendak pelanggan menjadi faktor-faktor kualiti utama bagi menghadapi persaingan yang sihat.
    (Intimate relationships with customers and understanding the customer's requirements as our key factors that drive marketplace competition.)
  2. Menentukan kepuasan pelanggan , arah aliran dan tahap-tahap kepuasan pelanggan dan mengekalkan pelanggan adalah prinsip utama kami untuk kekal kompetitif.
    (Determining customer satisfaction, current trends and levels of customer satisfaction and retention is our key principle to stay competitive.)

PIAGAM TERAS (Core Charter)
  1. Standard perkhidmatan berdasarkan kepada keperluan-keperluan pelanggan-pelanggan. (Service standards derived from customer requirements.)
  2. Memahami keperluan-keperluan pelanggan (Understanding customer requirements) :
      •   objektiviti (objectivity/thoroughness)
      •   jenis Pelanggan (customer types)
      •   bentuk produk/perkhidmatan (product/service features)
  3. Sistem perkhidmatan bersifat proaktif (Proactive customer service management).

Vision & Mission


  • VISI
    Visi Wealth Link Freedom adalah untuk menyedia penyedia latihan kelas dunia bagi program-program-program pembinaan modal insan yang bersepadu.

    (To be a world-class training provider for integrated human development programmes).
  • MISI
    Untuk mencapai visi kami, Wealth Link Freedom Sdn Bhd akan menjadi penyedia latihan yang berjiwa tempatan (local) dan mempunyai perspektif global. (ringkasnya GLOKAL).

    (To be a local training provider with global perspectives).